Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah mengumumkan harga baharu untuk Touareg R-Line, SUV flagship yang kini ditawarkan pada harga RM382,690 (tidak termasuk VAP).
Berlakunya Penurunan Harga
Penurunan harga ini adalah hasil daripada maklum balas positif dari operasi tempatan dan dinamik pasaran yang lebih baik, membolehkan penjimatan tersebut disalurkan kepada pelanggan di Malaysia.
Touareg R-Line terkenal dengan teknologi canggih dan ciri keselamatan bantuan pemandu yang termaju, selain reka bentuk garang dan prestasi luar biasa.
SUV ini dikuasakan oleh enjin turbo V6 pengecas turbo 3.0 liter yang mampu menghasilkan 340PS dan tork 450Nm, memberikan pengalaman pemanduan yang dinamik dan penuh kuasa.
Lampu Terbaik Di Dunia
Salah satu ciri utamanya adalah sistem lampu utama IQ LIGHT HD MATRIX, yang merupakan antara lampu terbaik di dunia.
Sistem ini menggunakan lebih 38,000 unit LED mikro interaktif yang memastikan pencahayaan jalan yang tepat dan jelas.
Selain itu, Touareg R-Line dilengkapi dengan suspensi udara yang boleh dilaras secara automatik, memberikan keselesaan pemanduan yang tiada tandingan.
Terdapat Pakej Jaminan
Sistem bunyi Dynaudio dengan amplifikasi 730 watts menawarkan pengalaman audio premium, manakala sistem keselamatan IQ.
Drive termasuk ciri Night Vision menjamin keselamatan pemandu dan penumpang, terutama pada waktu malam.
Pelanggan yang membeli Touareg R-Line juga boleh mendapatkan Pakej Jaminan Volkswagen (VAP) dengan kos tambahan RM17,300.
Pakej ini merangkumi servis penyelenggaraan, jaminan pengeluar, dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.
Pelanggan yang berminat boleh mengatur temu janji pandu uji di pengedar sah Volkswagen atau melayari laman web rasmi Volkswagen Malaysia untuk maklumat lanjut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.