Rani Mukerji Hingga Kareena Kapoor, Ini Aktres Bollywood Yang Viral Kerana Merokok

8 hours ago 2

Selama bertahun-tahun, kita telah melihat ramai selebriti seperti Shah Rukh Khan, Ranbir Kapoor hingga ke Sanjay Dutt yang merokok di khalayak ramai.

Selain itu, ada juga beberapa selebriti wanita yang ‘tertangkap’, dilihat merokok hingga membuatkan peminat menjadi marah. Kebanyakan selebriti yang ‘ditangkap’ merokok ini telah dikritik teruk kerana tabiat yang tidak sihat ini.

Jika kamu tertanya-tanya selebriti wanita mana yang sedang kita bicarakan, Murai senaraikan namanya di bawah.

1. Preity Zinta 

Foto – Mid Day / Reddit

Kerana kecantikannya, ramai yang ‘menutup mata’ selepas gambar merokoknya tular di internet. Walaupun begitu, gambarnya itu menjadi tanda tanya sama ada dia seorang perokok tegar atau sekadar gambar profesional yang bekerja.

2. Rani Mukerji 

Foto – Film Companion / IBTimes India

Kalau kamu nak tahu, Rani Mukerji sudah menjadi perokok tegar sejak remaja lagi. Pernah dikongsinya suatu ketika dulu, dia sanggup dibenci keluarga kerana tak mahu berhenti merokok.

3. Sushmita Sen 

Foto – Indulge Express / Times of India

Miss Universe 1994 dan aktres, Sushmita pernah dilanda kontroversi selepas menunjukkan dirinya merokok di media sosialnya. Tetapi sejak menyertai acara peragaan, dia menyembunyikan tabiatnya itu.

4. Madhuri Dixit 

Foto – Facebook

Sekadar pengetahuan untuk kamu, ketika Madhuri masih muda dan glamor, dia dikenali sebagai kaki minum dan perokok tegar. Tetapi semakin usianya meningkat, dia menyedari kesihatan adalah aset yang berharga. Kini dia telah menghentikan sepenuhnya tabiat buruk itu.

5. Kareena Kapoor 

Apabila bercakap soal merokok, orang ramai tidak hairan kerana Kareena memang dikenali sebagai perokok tegar sejak usianya masih muda.

Foto – NDTV Food / Hindustan Times

Pernah sekali, dia tak teragak-agak mempamerkan dirinya merokok kepada umum. Tetapi selepas mempunyai anak, Kareena mengakui dia merokok secara sembunyi kerana tidak mahu anak-anaknya meniru tabiatnya itu.

6. Manisha Koirala 

Popular dengan kecantikannya, Manisha mengejutkan orang ramai dengan berita kesihatannya iaitu menghidapi kanser malignan dan ianya membuatkan kehidupannya berubah secara drastik.

Foto – Times of India / RVCJ Media

Sebelum ini, dia dikenali sebagai perokok tegar dan menghentikan tabiatnya itu selepas penyakitnya semakin teruk.

7. Priyanka Chopra

Semasa bercuti dengan keluarga, Priyanka Chopra dilihat telah menghisap rokok. Manaka ibunya, Madhura Chopra dan suaminya, Nick Jonas, menikmati cerut.

Foto – Instagram / India Today

Sebaik gambarnya tular, Priyanka dilabel sebagai hipokrit kerana dia pernah mendakwa dirinya seorang pesakit asma dan meminta orang ramai untuk meletupkan mercun kerana asapnya menimbulkan masalah kepada pesakit penyakit pernafasan.

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |