Pelakon Bollywood, Kajol dan Shah Rukh Khan (SRK) sering digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam setiap filem yang dibintangi oleh mereka.
Mereka sering digandingkan bersama kerana lakonan kedua-duanya sangat semula jadi sehinggakan ada yang pernah menganggap Kajol dan SRK ada menjalinkan hubungan sulit.
Dan kalau kamu nak tahu, suatu ketika dulu, SRK pernah dikaitkan dengan kontroversi meniduri Kajol walaupun kedua-duanya sudah pun berkeluarga.
Kontroversi ini sudah semestinya merungsingkan SRK. Sebagai pelakon, SRK mengakui dia sering berlakon dengan beberapa aktres jelita tetapi tidak pernah menjalinkan hubungan sulit dengan mereka, termasuklah Kajol.
“Saya pernah bekerjasama dengan ramai aktres jelita seperti Juhi Chawla, Madhuri Dixit, Manisha Yadav, Shilpa Shetty, Sonali Bendre, Nagma, Urmila hingga Kajol. Saya tak pernah tidur dengan mereka, apatah lagi tidur dengan Kajol.”
Mengakui sering digandingkan dengan aktres yang cantik dalam filem, SRK mendedahkan itu bukan alasan untuknya menjalinkan hubungan sulit dengan rakan sekerjanya.
“Saya hormati semua rakan pelakon saya. Mereka tidak menggembirakan saya secara seksual. Dan sudah tentu saya bukan gay. Saya tidak tertarik dengan wajah yang cantik.”
SRK turut memberitahu, kecantikan seorang wanita tidak menarik minatnya, tetapi dia sangat meminati wanita yang bijak dan cerdas seperti Gauri Khan.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.