Adik Aktres Bollywood Ini Ditahan Selepas Bakar & Bunuh Bekas Kekasih Di New York

2 days ago 7

Nama aktres Bollywood, Nargis Fakhri menjadi bualan ramai selepas adiknya, Aliya Fakhri telah ditangkap selepas melakukan pembunuhan di Queens, New York.

Aliya yang berusia 43 tahun, didakwa membakar garaj dua tingkat hingga menyebabkan kematian bekas kekasihnya, Edward Jacobs, 35 tahun, dan teman wanita baharunya, Anastasia, 33 tahun. Insiden itu didakwa berpunca daripada pergaduhan dan cemburu.

Foto – New York Post / Instagram

Menurut beberapa laporan, Aliya membakar garaj itu dan menyebabkan kedua-dua mangsa terperangkap di dalam. Mangsa dilaporkan meninggal dunia akibat terhidu asap dan kecederaan haba, di mana Peguam Daerah, Melinda Katz menyifatkan ia sebagai tindakan “berniat jahat”.

Foto – Daily News NY

“Defendan (Aliya) secara berniat jahat menamatkan nyawa dua orang dengan membakar yang memerangkap seorang lelaki dan wanita dalam api yang sangat marak.”

Aliya Fakhri dinafikan ikat jamin semasa perbicaraan di Mahkamah Jenayah Queens.

Foto – Pinterest / Reddit

Nargis Fakhri, yang terkenal dengan filem sulungnya ‘Rockstar’ (2011), masih belum mengulas secara terbuka mengenai insiden tragis itu. Manakala ibunya pula mempertahankan Aliya, dengan menyatakan adik Nargis itu seorang yang menjaga  dan membantu orang sekelilingnya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |