5 Bukti Shah Rukh Khan & Priyanka Chopra Pernah Jalinkan Hubungan Sulit

9 hours ago 2

Sehingga ke hari ini, isu perselingkuhan antara Shah Rukh Khan (SRK) dan Priyanka Chopra masih lagi menjadi bualan sesetengah peminat. Isu tersebut sudah lama timbul sejak mereka bekerjasama dalam filem ‘Don’.

Walaupun SRK dengan tegasnya pernah menafikan dakwaan tersebut, tetapi ada beberapa pihak tidak mempercayainya. Lebih-lebih lagi apabila muncul beberapa bukti yang mendakwa mereka sebenarnya memang menjalinkan hubungan sulit.

Antara buktinya…

1. Priyanka dilihat memakai jaket SRK 

Foto – Reddit

Dalam sebuah temu bual, Priyanka menyatakan dia menyukai jaket kulit bekas kekasihnya. Orang ramai mula mengetahui bekas kekasihnya ialah SRK kerana aktor itu sering dilihat memakai jaket yang sama.

2. SRK akui selesa berada bersama Priyanka

Secara terbuka, SRK mengakui bahawa dia berasa selesa dengan Priyanka. Katanya hanya Priyanka yang melayannya seperti kawan, manakala yang lain melayannya seperti bintang besar.

Foto – Facebook

Ia membuatkan SRK berasa lebih dekat, lebih-lebih lagi apabila Priyanka mengusap kepalanya perlahan.

3. Priyanka hadiri dan sokong pasukan kriket SRK

Priyanka yang diketahui mempunyai jadual yang sangat padat, sanggup meluangkan masa untuk menemani SRK menyaksikan pasukan kriketnya, Kolkata Knight Riders.

Foto – Sportz Pics

Kehadiran Priyanka menjadi tumpuan kerana mereka berdua dilihat memakai pakaian couple.

4. Priyanka secara tak sengaja dedahkan hubungan mereka

Seorang peminat pernah membuat hantaran di platform Twitter, bahawa dia mahu Priyanka mendedahkan hubungannya dengan SRK kepada umum.

Foto – DNA India / Pinterest

“Ya tuhanku Priyanka Chopra mungkin baru sahaja memberitahu dunia tentang hubungannya dengan Shah Rukh Khan,” tulis peminat itu.

Tanpa diduga, Priyanka menyukai tweet itu! Tidak lama selepas itu, Priyanka tidak menyukai tulisan peminat itu.

5. SRK & Priyanka bermesra ketika di sebuah majlis anugerah

Foto – Times Now

Seperti pasangan kekasih yang saling menyayangi, perilaku SRK dan Priyanka menjadi tumpuan ramai. Ada suatu ketika di sebuah majlis anugerah, Priyanka mencium pipi SRK di Colors Screen Awards.

Apa pendapat kamu? Adakah mereka berdua ini dalam diam menjalinkan hubungan sulit?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |