Mengejutkan seluruh peminat dan netizen, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan kegiatan tidak bermoral yang berlaku di salah sebuah rumah miliknya, dipercayai terletak di kawasan Sungai Buloh. Dalam video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, Aliff kelihatan menyerbu kediaman tersebut sebelum bertindak menyoal seorang wanita warga asing yang dikatakan terlibat dalam aktiviti pelacuran. Menerusi rakaman itu, kelihatan Aliff nyata tidak dapat menahan kemarahan apabila melihat wanita terbabit berpakaian menjolok mata dan membawa masuk beberapa lelaki ke rumah berkenaan.
“Kenapa kamu datang rumah saya bawa lima lelaki? Pakai seksi macam ni. Dia jual diri ni. Jangan sampai aku lepuk muka kau,” katanya dengan nada tegas dan kecewa.
Menerusi kapsyen yang disertakan, Aliff meluahkan rasa terkejut serta kecewa apabila mendapat tahu rumahnya telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menjadikan premis itu sebagai sarang maksiat dan penyalahgunaan dadah. Malah, dia turut menyatakan dirinya dalam keadaan kurang sihat ketika insiden itu berlaku. “Papa sungguh tak sangka rumah papa kena ceroboh oleh orang tak bertanggungjawab. Papa tak sihat dan badan papa seram sejuk nak demam. Rumah papa dibuatnya sarang pelacuran dan sarang dadah. Masya-Allah, apa yang perlu papa buat? Papa buntu dan kecewa sangat. Patut ke papa lepaskan atau hubungi polis?” tulisnya dengan nada penuh dilema.
Perkongsian tersebut nyata mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet. Rata-rata memberikan sokongan moral kepada Aliff dan menyarankannya agar segera membuat laporan polis demi mengelakkan perkara yang sama berulang. Ada juga yang mempertikaikan bagaimana rumah itu boleh diceroboh dan digunakan untuk tujuan haram tanpa pengetahuannya. Tidak kurang juga yang menasihati beliau agar mengambil langkah lebih ketat dalam menguruskan aset-aset hartanahnya agar tidak disalahguna pihak yang tidak bertanggungjawab.
Insiden ini sekali lagi membuktikan bahawa risiko sebagai pemilik rumah sewa atau hartanah boleh mendatangkan pelbagai cabaran yang tidak dijangka, walaupun bagi seorang usahawan ternama seperti Aliff Syukri. Sama ada kes ini akan dibawa ke pihak berkuasa atau tidak, netizen kini menunggu perkembangan selanjutnya daripada selebriti penuh kontroversi itu.

3 months ago
141








![[VIDEO] Kim Kardashian Akhirnya Dedah Sebab Perceraian Dari Kanye West- âSaya Nak SelamatkanâŚâ](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1.jpg)

![[VIDEO] Baju Shila Amzah Jadi Pertikaian Netizen-âBoleh Kot Ambil Perunding Imej Yang Berkelasâ](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Untitled-design.jpg)
![[VIDEO] Fattah Amin Bersilat Di Majlis Perkahwinannya Raih Perhatian Ramai!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2121.jpeg)
![[VIDEO] âEllie Suriaty Artis Paling Beradabâ-Fauziah Ahmad Daud](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2120.jpeg)




















![[VIDEO] Telatah Anak Datin Alyah Buat Bunyi Tok Ram Batuk, Buatkan Netizen Terhibur!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Vevo-17-1024x576.png)


![[VIDEO] âDarah Merecik Penuh, Kayu Balak Dah Sampai Muka, â- Cerita Ifa Raziah Kemalangan Macam Final Destination](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-17-at-1.56.30-PM-scaled.png)






![[VIDEO] BCL Kembali Dengan Konsert âCintaâ Luar Biasa Di KL Pada 27 September Ini, Harga Tiket Pre-Sale Hanya RM259!](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/đâ¨-Biarkan-malam-berbisik-rahsianya-muzik-memeluk-jiwa-kamuâŚBCL-Eternal-Love-â-Timeless-Roma-e1752560636590.jpg)




![[VIDEO] Kronologi Kes Shila Amzah & Amy Search: Dari Rehearsal, Netizen Keliru Sampailah Muncul Monolog âHeii Betinaâ](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/Screenshot-2025-07-14-at-11.53.40-AM.png)

![[VIDEO] âGuna Nama Anak Untuk Shoppingâ â Siti Nurhaliza Kantoi Banyak Berbelanja Online](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/07/siti-feat.png)

